-->

5 Cara Mendidik Anak yang Baik Dalam Keluarga

5 Cara Mendidik Anak yang Baik Dalam Keluarga

Kadang- kadang kita sebagai ibu bapa dapat merasakan bahawa hubungan kita dengan anak-anak semakin lama semakin renggang dan tidak terlalu mesra ekoran kesibukan masa terutamanya bagi ibu bapa yang bekerjaya.

Rahasia kebahagiaan keluarga datang daripada hubungan yang erat dan mesra antara ibu bapa dan anak-anak. Kali ini kami ingin berkongsi tips bagaimana cara untuk membina hubungan mesra bersama anak-anak yang tersayang.

Beri Perhatian Ketika Anak-anak Bercakap

Beri Perhatian Ketika Anak-anak Bercakap

Berikan sepenuh perhatian apabila anak-anak bercakap atau mengadu dengan anda. Pastikan anda melihat mata anak anda ketika anda bercakap dengan mereka. Menjadi fitrah seorang anak suka mengadu kepada ibu bapak mereka. Layan aduan mereka dan berikan perhatian sepenuhnya supaya mereka lebih yakin dan lebih erat untuk bercakap dengan anda.

Sentiasa Peluk dan Cium Anak 

Sentiasa Peluk dan Cium Anak

Sentiasa praktikkan peluk dan cium anak sejak dari kecil lagi. Pelukan dan ciuman merupakan satu hubungan yang sangat hebat antara anda dan anak-anak. Melalui pelukan anak-anak akan merasakan kasih sayang dan perasaan dilindungi oleh anda. Anak-anak akan lebih yakin dan percaya terhadap anda. Ciuman pula akan membentuk satu perasaan kasih sayang dan cinta antara anda dan anak-anak.

Simpan Rahasia Anak

Simpan Rahasia Anak

Sebagai anak-anak, kadangkala mereka memerlukan seseorang untuk meluahkan perasaan dan menceritakan sesuatu yang peribadi. Mereka inginkan perhatian daripada anda untuk bercerita tentang masalah dengan rakan-rakan ataupun hal-hal peribadi seperti teman istimewa. Jika meraka mula bercerita mengenai hal-hal peribadi kepada anda, mereka sebenarnya mahukan anda rahsiakan dari adik beradik yang lain. Maka eloklah anda rahsiakan.

Selalu Luangkan Waktu Unuk Anak

Selalu Luangkan Waktu Unuk Anak

Realiti dunia sekarang ramai ibu dan bapa bekerja untuk menampung kehidupan sekeluarga. Kesibukan kerja sering kali mengurangkan masa anda untuk bersama anak-anak. Cuba untuk luangkan masa yang berkualiti bersama keluarga walaupun tidak seharian bersama sebagai contoh makan malam bersama.

Makan bersama dapat eratkan lagi hubungan antara ahli keluarga dan gunakan masa ini untuk bertanya anak-anak jika ada apa-apa yang ingin mereka ceritakan. Gunakan masa hujung minggu melakukan aktiviti keluarga bersama anak-anak seperti membersihkan halaman rumah. Dengan masa yang berkualiti seperti InsyaAllah hubungan anda dan anak-anak akan lebih mesra dan erat.

Jangan Mengkritik Kelemahan Anak 

Jangan Mengkritik Kelemahan Anak

Perkara yang sangat sensitif bagi anak-anak ialah banding-bandingkan mereka dengan anak-anak yang lain. Sama juga dengan bandingkan mereka dengan kanak-kanak lain. Mereka menganggap anda adalah pelindung dan penyokong terbesar mereka. Janganlah hilangkan kepercayaan yang diberikan oleh mereka. Setiap anak-anak adalah istimewa dan mempunyai kelemahan dan kelebihan masing-masing. Fokuskan lebih pada kelebihan mereka dan bantu dalam kelemahan mereka.

Dengan terbentuknya hubungan mesra dengan anak, proses mendidik mereka pasti menjadi lebih mudah. Apabila mereka lebih rapat dan mempercayai kita, pasti lebih mudah untuk mereka mendengar nasihat. Didikan yang betul sangat penting dalam melentur sikap anak menjadi lebih baik.

Buku Teknik Mendidik Anak Cemerlang ini pasti sesuai untuk setiap ibu bapa di luar sana yang ingin mempelajari asas membentuk keperibadian anak, mengawal tingkah laku mereka dan banyak lagi panduan lain.

Masa yang paling berharga untuk membentuk hubungan erat keluarga yang disulami dengan kebahagiaan adalah sewaktu anak-anak masih kecil. Janganlah kita sia-siakan masa keemasan ini. Anda mempunyai masa seumur hidup untuk bekerja, namun anak-anak hanya memiliki masa kecil mereka hanya sekali.

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel